Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri

cp10

15/4/2013 – Pasukan choral speaking SMK Baru Bintulu telah menyertai pertandingan ┬áChoral Speaking Peringkat Negeri yang diadakan ┬ádi Sibu. SMK Baru Bintulu mewakili bahagian Bintulu apabila telah memenangi kejuaraan ini diperingkat bahagian pada 2 Mac 2013 yang lalu.

Para peserta dan guru telah bertolak ke Sibu pada 14 April dengan menaiki sebuah bas yang telah disewa oleh PPD Bintulu. Selain daripada pasukan sekolah kita, SK Agama Bintulu juga turut mewakili bahagian Bintulu untuk kategori sekolah rendah. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih ini bagaikan tidak terasa kerana suasana di dalam bas agak meriah dengan telatah para pelajar yang terlibat.

Kami tiba di Sibu lebih kurang pukul 12.00 tengah hari dan terus menuju ke SMK Saint Elizabeth untuk urusan pendaftaran dan rehearsel. Setiap sekolah diberi masa lebih kurang 15 minit untuk rehearsel. Selesai acara rehearsel, kami terus menuju ke RH Hotel untuk penginapan. Pasukan sekolah masih sempat untuk melakukan latihan terakhir di dewan hotel ini pada sebelah malamnya di samping menerima sedikit amanat daripada pihak PPD Bintulu.

Menerusi undian yang dilakukan, SMK Baru telah mendapat giliran yang ke-2 untuk melakukan persembahan. Setiap peserta yang terlibat memberikan usaha yang gigih dan begitu bersemangat di atas pentas. Namun begitu piala kejuaraan belum mampu dimiliki oleh kita. Walaubagaimana pun sekolah kita telah mendapat tempat yang ke-4 dan sekaligus memperbaiki pencapaian tahun lepas di tempat ke-5. Pasukan dari SK Agama juga mendapat tempat yang ke-4.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply